Monday, 12 November 2012 ♥
Hai assalamualaikum semua hehe,baru je update blog semalam tapi harini aku update lagi.haha biarlah bosan kan.Puas aku pikir macam macam tajuk nak tulis.akhirnya ada jugak.Sebenarnya ramai yang tanya aku macam mana nak hilangkan jerawat.Amboi mula mula aku ingat diorang nak perli tapi tengok tengok diorang cakap jerawat aku kurang daripada dulu.Ceh nak bagi tips lah ni.Aku bukan nak bajet or what tapi sekadar nak berkongsi.Orang cakap jerawat ni sebab suka berangan.betul ke? haha sebenarnya tak jugak.kadang kadang jerawat ada sebab hormon yang tak stabil atau mengalami stress ataupun muka berminyak.Kematangan jugak membawa kepada pertumbuhan jerawat tau.Yang pasal berangan tu sometimes ada jugak yang betul.wallahualam.Normal lah bila umur umur macam kita remaja ni tumbuh jerawat,besar nanti insyaallah hilang.Tapi kena rajin lah cuci muka jangan nak ingat tu takdir pulak.
PENJAGAAN KULIT MUKA by NadiraRed
1.Sebelum mandi kalau boleh terlebih dahulu mencuci muka dan berus gigi sebelum jirus badan.Sebenarnya mengikut kajian pencuci muka akan berkesan jika muka dicuci selam 2-3 minit.Mula mula lebih baik cuci muka dan biarkannya sambil berus gigi (ni kalau duduk asrama nak kejar masa).selepas berus gigi barulah basuh pencuci muka yang ada di muka.
2.Tidak digalakkan mengelap muka dengan tuala kasar kerana ini dapat kasarkan kulit dan merosakkan kulit luaran muka.Contohnya tuala lap badan,tak elok sebenarnya.kalau boleh guna tuala khas untuk muka.
3.Jika anda mendapati pencuci muka yang ada tidak berkesan cepat cepatlah tukar yang lain sebelum muka anda menjadi lebih teruk.Mencegah lebih baik daripada merawat ceh!
4.Bagi sesetengah orang ada yang alergi dengan kacang.lebih baik jauhkan makanan itu jika anda sayangkan kulit anda.banyakkan makan sayuran hijau.
5.Jika anda mempunyai masalah minyak berlebihan di muka digalakkan anda untuk membeli kertas muka yang khas untuk lap minyak.hal ini dapat mengelakkan minyak yang terkumbul membentuk jerawat dan orang lain memandang pelik terhadap minyak di muka anda.
6.Akhir sekali digalakkan menggunakan medium tambahan seperti krim temulawak atau bedak sejuk.Medium seperti ini dapat membantu penjagaan muka selain daripada mencuci muka.Contohnya bedak sejuk dapat menyejukkan muka dan membantu mengecilkan jerawat.aku selalu pakai sebelum tidur alhamdulillah berkesan.
tips tips di atas kalau ada yang mencuba tetapi tidak menjadi jangan nak salahkan aku pulak.ini aku punya cara tersendiri dan sekadar pendapat aku je.okay ni je nak kongsi assalamualaikum.